Tuesday, July 30, 2013

Mencari orang untuk Renovation Rumah :)


Assalamualaikum...

Rasa lama betol tak jejak blog ku ni....haha..malu sudah tengok blog tak berupdate.... :)
ade ke kawan blog masih ingat saya nie...sedew... sorry u olls... kerja di tempat baru lagi menyukarkan ku berblog....keadaan masa tak mengizinkan diri untuk menulis... huhuuu...

sebenarnya nak mintak tolong korang, sekarang nie saya tengah mencari orang untuk renovation rumah...ada sapa-sapa yang korang boleh suggestkan kat kita tak...mintak tolong sngat...saya dok area petaling jaya....:)



Terima kasih pada yg m'baca :)

Sunday, April 7, 2013

bila mula berbicara, mulakan dengan kalimat :)

 
Bismillahirramanirrahim...
7 kalimat yg harus di biasakan..

1) Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2) Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3) Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4) InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5) Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6) Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7) Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.




Semoga bermanfaat. -sumber fb

~ Ustaz MustaQim ~


Terima kasih pada yg m'baca :)

Wednesday, April 3, 2013

~menu sarapanku~






Bismillahirramanirrahim


sape-sape yang on diet memang elok minum air nie :)
semua tahu akan kebaikan yogurt untuk tubuh badan
nak sihat dan cantik...
minum laa yogurt nie..hehe
yang biru tu rase masam-masam skit...



ok selamat mencuba, sure mmg sdap :)


Terima kasih pada yg m'baca :)

Tuesday, March 26, 2013

~Tanpa AiS dengan kita~



Bismillahirramanirrahim...

nie info yg gemar minum ais selepas makan...


Sekadar berkongsi.. KESAN MINUM AIS SELEPAS MAKAN..

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas..

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang
SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!
LIKE & SHARE


*dulu tanpa ais rasa tak lalu nak makan, tp semenjak 2-3 tahun lepas dah belajar menjinakkan diri dengan air masak suam je, alhamdulilah badan pon dah tak lemah :)
so korang-korang semua belajar la mengurangkan meminum ais, fikirlaa untuk kesihatan diri k.

info : dari fb.


Terima kasih pada yg m'baca :)

Sunday, March 24, 2013

~Pengakhiran mati dalam kebaikan~





Bismillahirramanirrahim



Syukur Alhamdulilah hari ini masih lagi diberikan nikmat nyawa dan hidup di atas muka bumi ini…
Masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian…Semoga perjalanan umur ini akan diberkati dan dirahmati.. tanda-tanda atau alamat seseorang yang akan mati dalam keadaan Husnulkhatimah ( Pengakhiran yangbaik).atau mati dalam kebaikan:-

1. Sempat mengucap 2 kalimah syahadah.

2. Berpeluh di dahi. Sabda Rasulullah SAW : "Bahawa matinya seorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi," Riwayat oleh Ahmad dan Termidzi.

3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.


4. Mati di medan perang kerana membela agama Allah

5. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:-

·                     Akan di ampuni serta merta dosanya, serta diperlihat tempat duduknya di syurga.
·                     Aman dari ketakutan yang amat besar dan dahsyat.
·                     Diselamatkan dari siksa kubur.
·                     Diperhiasi dengan iman.
·                     Dikahwini dengan ramai bidadari
·                     Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.., Riwayat oleh Termizi, Ahmad   dan ibnu     Majah.


6. Mati kerana melahirkan anak.

7 Mati kerana penyakit Taun, Sabda Rasulullah SAW:"Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin"(hendaklah dia bersabar menanggungnya) Riwayat oleh Muslim

8. Mati akibat sakit perut, maka ia mati syahid, sabda Rasulullah SAW:"dan barangsiapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid" Riwayat oleh muslim.

9. Mati tenggelam dan tertimbus oleh bangunan.

10. Mati terbakar. diriwayatkan oleh Tabrani

12. Mati kerana sakit TB

13. Mati akibat luka perang di jalan Allah

14. Mati Akibat mempertahankan harta

15. Mati ketika mempertahankan diri.

16. Mati ketika bersiap sedia berperang di jalan Allah

17. Mati ketika menuntut ilmu(ilmu yang dibolehkan islam)

Berkata Abu laith,:" Barangsiapa ingin selamat dari siksa kubur, maka haruslah melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:-


  • ·                                 Menjaga solat 5 waktu
  • ·                                 Banyak bersedekah
  • ·                                 banyak membaca Al-Quran
  • ·                                 Banyak bertasbih memuji Allah


dan meninggalkan 4 perkara :-

  • ·                                 Meninggalkan dusta
  • ·                                 Meninngalkan sikap khianat
  • ·                                 meninggalkan sikap mengadu- domba
  • ·                                 menjaga kencing



Wallahu'a'lam...




Terima kasih pada yg m'baca :)

Friday, March 22, 2013

"Pertandingan Tagline Visionnaire"






Bismillahirramanirrahim



"Pertandingan Mencipta Tagline Visionnaire"

#PERPADUAN MEMBENTUK GENERASI ANAK MUDA#



syarat -syaratnya :-

1. Anda haruslah like page . Visionnaire Group

2. Anda juga haruslah follow blog Visionnaire. 

3. Letak header diatas seperti saya letakkan....

Jom laa kite memeriahkan laagi pertandingan yang dianjaurkan Hazwan Hairy.



Terima kasih pada yg m'baca :)

Thursday, March 21, 2013

~meletakkan patung kat bumper kereta~





Sudah pasti ramai yang  pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta... Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu Meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.


Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T.. 


  • selalu cakap kat dalam hati sndiri, kenapa orang letak anak patung kat bumper belakang kereta tu??nak buat  perhiasan gamaknya, dan akhirkan jumpa jugak jawapannya yang nak dicari.... :) syukur alhamdulilah.




Terima kasih pada yg m'baca :)

Tuesday, March 12, 2013

~BuLu KeNing~






Bismillahirramanirrahim


Bulu kening bertemu di tengah (bersambung) 
* suke amik pusing hal remeh.
* selalu kecik hati dan emosional.
* kuat berfikir sampai kepala tak boleh nak rest.
* kuat jeles.
* perlukan seseorang yang selalu bagi semangat dan kongsi masalah.
* suke membantah


Bulu kening tidak teratur dan liar 
* cepat terburu-buru
* kurang berhemah
* cepat terlibat dalam pertengkaran sebab selalu campur tangan
* banyak main2 sampai umur mencecah 30-an. selepas itu, pandai mengatur diri dan akhirnye berjaya.

Bulu kening lurus 
* gagah
* suke berdebat


Bulu kening melengkung 
* jenis pak lawak


Bulu kening tipis 
* tahap konfiden yang rendah
* tak percaye dengan kebolehan sendiri


Bulu kening tebal  orang yang advanture dan suke mengembara
* susah nak setia pada yang satu
* banyak berceloteh




~Rahsia pada bulu kening

    KELEBATANNYA 
    • Wanita yang hitam lebat bulu keningnya tidak mudah mengalah, ada prinsip hidup, mempunyai bakat kepimpinan, pandai berasmara dan tidak tenang selagi tidak dapat kekasih serasi.
    • Wanita yang tipis bulu keningnya tidak bertanggungjawab, cuma mahu bersenang-senang, mudah tergoda pada maksiat, tiada inisiatif lagi pemalas.
    • Wanita yang jarang-jarang bulu keningnya adalah seorang yang optimis, dia juga mudah menangis bila tertekan dan kurang teguh pendiriannya. Tapi dia boleh menjadi ibu yang baik dan bertanggungjawab. 

    BENTUKNYA 
    • Wanita yang mana bulu keningnya lengkung bertemu di hidung punya banyak idea yang baik, ada bakat semulajadi, gunakan kemampuan untuk hidup dalam suasana baik dan bagi memilih kekasih. Aktif di luar rumah serta boleh berdikari.
    • Wanita yang mana bulu keningnya lentik ke atas itu keras keapla, sombong diri, suka merendahkan orang, suka menghina, mempunyai nafsu syahwat yang besar tapi boleh menjadi isteri yang menyenangkan.
    • Wanita yang mendatar bulu keningnya lembab serba-serbi, hanya akan membuat sesuatu apabila disuruh. Tiada inisiatif. 

    Warnanya 
          Wanita yang mempunyai bulu kening yang lebih muda warnanya dari warna rambut itu suka pada seni, kemahuannya kuat, tidak mudah putus asa, guna akal untuk capai tujuan, serius bekerja. Pandai puaskan selera pasangan dan kreatif dalam bercinta. 

Terima kasih pada yg m'baca :)

Thursday, February 28, 2013

RELATIONSHIP vs FRIENDSHIP




Bismillahirramanirrahim


there is lots of different between FRIENDSHIP and RELATIONSHIP.....
dnt use the word FRIENDSHIP to make and RELATIONSHIP...
u can mess up with yr RELATIONSHIP dnt mess up with
FRIENDSHIP.....










Terima kasih pada yg m'baca :)

Wednesday, February 27, 2013

~Wordless WednesDay~



KARNIVAL WOW PUTRAJAYA 2013




Bismillahirramanirrahim

Kawan-kawan blogers jemput datang semua.... :)




Terima kasih pada yg m'baca :)

Tuesday, February 26, 2013

~MenGiDaM ChoColaTe~





Bismillahirramanirrahim

tetiba jew arini rasa nak makan sesuatu.....

mengidamkah???

nak kata pregnant...belum kawen....hahaha~~~~~

kalah kaw, kalau pregnant laen laa...huhuhu...semua leh dapat kn.kn..






korang pasti tahu kan lambang kat atas tu......"Auntie Anne's... kompem pernah gi kedai dia....









paling suka yang ini.... chocolate Eclairs terliur saya dibuatnya, bila agaknya saya nak dapat dia...
wawaweiii.....ada sapa-sapa nak join saya gi sana.....:)
jom korang......






Terima kasih pada yg m'baca :)

Tuesday, February 19, 2013

SeLeseMa dan sakit TeKaK ???






Siptom alah nie laa yang paling rumit kalau dah terkena.....


semalam gara-gara air kotak  "MARIGOLD LEMON TEA" punca sakit tekak???
haha pelik tapi benar weiii...lepas jew minum petang semalam, malam tu tak boleh nak tidur
sebab tekak rasa perit sangat, nasib laa suara ok lagi la...






nasib baik laa ade vicks nie, membantu laa jgak....



nie pon sama......




Terima kasih pada yg m'baca :)

TerSangKut DaLam BanJir di SekiTar IOI



  Bismillahirramanirrahim

Lebuhraya damansara puchong (LDP Highway) laluan yang paling sesak bila waktu semua orang nak ke tempat kerja dan balik kerja...semalam dikejutkan dengan hujan yang lebat dan laluan sesak, belum tambah excident dan banjirnya lagi, bertambah la sesak korang, kite salah seorang yang tersangkut dalam kesesakan semalam....hampir 2jam lebih nak lepaskan diri dari laluan tu...haru biru semalam, gambar kat bawah tu kejadian banjir semalam...kite (google) .... sebab semalan takdan nak ambil gambar semua, hujan sampai tak nampak jalan.














sekitar ioi selalu cepat naik air terutama tempat parking kat luar ioi, korang hati-hati laa bila bershopping kat sana ea, kalau hujan tak berhenti-henti lebih dari 2jam, cepat-cepat laa beredar dari situ, kereta kita dah pernah tersangkut dalam banjir kat parking ioi tu, air dia sampai naik ke pinggang,tapi alhamdulilah kereta tak apa-apa..







Terima kasih pada yg m'baca :)

Wednesday, February 6, 2013

Monday, February 4, 2013

Cermin mata atau contact Lense….




Bismillahirramanirrahim

Cermin mata atau contact lense….

Berbaloi kew pkai contact lense setiap hari?

 Asalnye nak tukar spack, tapi orang kedai spack tu sruh sy pkai contact lense plak, apakah???  tapi kite sampai sekarang tak pernah nak cuba kot…ramai kawan-kawan suruh cuba pkai, tapi hati belum terbuka lagi kot nak pakai…hehe  tak berani nak tanggung risiko, sebab saya nie jenis suke gosok-gosok mata…takot nanti jadi masalah besar plak….Especially sape yang dah biasa pakai contact lense, kire ok laa mata dia boleh terima, macam saya nie nak pikir beraparatuskalitah..


cermin mata?

walaupon kite stay pkai cermin mata, rasenye lagi ok kot, btul tak… sape-sape sependapat dengan saya, silaa angkat tangan huwahuwahuwa….kite tak rabun,  kite pakai spack sebab mata kite tak leh kena silau, cepat berair n then trus pening pala....tu jew masalah kite...lagi plak bile bawak kete lama-lama...berpinau-pinau mata nie....




Patut atau tak patut saya pakai ???  atau stay saje pakai spack?? sila korang bagi pendapat plzzz……









Patut atau tak patut saya pakai ???  sila korang bagi pendapat plzzz……

Terima kasih pada yg m'baca :)

Tuesday, January 22, 2013

~4 Time BabySitter~





Bismillahirramanirrahim


Alkisahku semalam, 

lama dah tak jadi "babysitter", katenya...
ha,ah tetiba sekali dua dpt, pengsan sekejap...hehe..
melayan depa dua nie, nama baru ku umi, kite dah puas mengajar panggil kakak, jenuh asyik tertukar jew nak panggil umi dia, aleh-aleh layankan...:)
gelagat depa, nak dok sama-sama kat kite..tp diowg memang best...terubat rindu kat adik sendiri, nasib baek tiap-tiap minggu dapat jumpa dia___>--->



~Nie laa dia adik baruku~ 
sorang haris n sorang firas

abang  n adik 
gaya  hebat adik [firas]
gaya abang [haris]
adik yang tersipu malu bile tengok cermin





alahai tangan siapah itu??
pandai betul abang lukis



#selamat melayan gambar adik2 comel nie




Terima kasih pada yg m'baca :)

Friday, January 18, 2013

~I like Nasi kerabu~






Bismillahirramanirrahim

Nasi kerabu menu pilihan makanan pagi, sesuai kah ?

haha… lagi-lagi NASI…ooo masyallah, mengucap sekejap…hehe. tapi disebabkan makcik yang jual tepi jalan nie membuat aura masakan dia pagi-pagi harus singgah…macam-macam ade, lauk pelbagai jenis, cuma hari jumaat jew special skit..coz ade nasi+kerabu=nasi kerabu korang….memang buat masa nie kite selalu singgah…makcik nie kire meniaga tak kedekut, bak kata nasi tu memang dia letak banyak, ape-ape kite mintak lauk pasti banyak dia bagi. makcik nie baru start meniaga kat sini…ramai sangat yang singgah…terima kasih makcik sebab menaik kan berat badan saya. haha, seminggu berturut-turut makan, naik ok berat kite…J




Terima kasih pada yg m'baca :)

Tuesday, January 15, 2013

tempe goreng "awetmuda"







Bismillahirramanirrahim

Mari kite kongsi bersama mengenai tempe, korang pasti suka kan...macam kite memang fav makan 

tempe, yang goreng dan panas comform laju kite makan, hehe...tu pasal muka kite nampak 

#mudasenantisa...hehehe..ala saje bikin panas disitu...petang semalam dapat makan, tu yang saje 

nak kongsi nak share dengan korang plak....

tadi google jumpa laa cerita mengenai tempe...

kalau nak awetmuda meh laa join sama... :)



____>>>>  Jom kite baca kat bawah nie ___>>>>>____



Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat,
seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten,
serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan
gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin
B12, niasin, dan asam pantorenat. Hasil daripada analisis,
gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebesar 1.13
mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan.
Tempe juga dipercayai dapat mencegah anemia dan osteoporosis,
dua penyakit yang bayak dialami para wanita, kerana tubuh wanita yang mengalami
haid, hamil serta menyusukan bayi. Penyakit anemia ini dapat menyerang wanita
yang malas makan, kerana takut gemuk, sehingga menyebabkan penghasilan sel-sel
darah merah dalam tubuh menurun.
Di dalam tempe juga terdapat suatu zat antioksidan
dalam bentuk isofalvon. Seperti vitamin C, E dan karotenoid, isoflavon merupakan
antioksidan yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan
radikal bebas.
Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Serikat, penemuan
bahwa genestein dan phytoestrogen yang terdapat padatempe
ternyata dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan (aging).
Oleh itu, cara terbaik untuk mengoptimakan khasiat tempe bagi tubuh kita adalah
dengan mengambilnya setiap hari dalam pemakanan harian sewajarnya. Bagi mengelakkan
kebosanan, pengambilan dalam pelbagai jenis masakantempe
adalah perlu. Seperti di Malaysia, kita masih punya banyak pilihan masakan berasaskan
tempe seperti lontong, sambal goreng, masak lemak,
dan sebagainya. Walaubagaimanapun bagi mengelakkan zat-zat yang bermanfaat itu
tak banyak terbuang dalam proses pemasakan, tempe
sebaiknya dimasak dengan menu seperti sup, berkuah (berempah), atau rebus. Cara
tersebut lebih efektif untuk khasiatnya, berbanding digoreng.


Terima kasih pada yg m'baca :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...