Wednesday, February 29, 2012

hatiku luka...




Assalammualaikum....

Matlamat hidup aku cuma satu, menjadi diri sendiri n dicintai oleh ALLAH..
aku cuba  menjadi yang terbaik untuk semua orang. aku cuba untuk menggembirakan hati semua orang, aku cuba untuk menenangkan hati semua orang..

tapi ternyata aku silap..
memandang dan mengingatkan semua orang adalah sama dengan diri ku..
adalah anggapan yang SALAH...
kenapa perlu berlakon atau berpura-pura dihadapan diri sendiri, tak perlu menyorakkan perasaan, sampaikan hati menjadi mangsa keadaan....


Aku keliru dengan hati ku sendiri, 
 sakit  memikirkan masalah yang menimpa diri ku....
 tapi kenapa?? apa salah aku??  
manusia suka bertindak mengikut hati dan perasaan tanpa mementingkan perasaan orang lain... 


nak buat macam maner..ini realiti kehidupan..tak namanya manusia kalau tak  berubah. tak kira la dari jahat ke baik ataupun dari baik ke jahat.. tak namanya manusia la kalau takde sifat iri hati ataupun cemburu terhadap orang lain.


Aku masih manusia biasa yang mempunyai  sifat naluri kemanusiaan dalam diri.
Bagi diri ku sekarang cuma keluarga yang ada disampingku..  sudah dapat membahagiakan hidup dan jiwa ku tenang dan menghargai hari-hari yang datang.. 



aku sentiasa berdoa supaya kebaikan yang selalu aku buat ada balasan dariNYA....
keburukan yang ada terus diperbaiki.... aku tak mengaharapkan balasan dari orang lain.....
cuma hatiku yang tahu segala-galanya...Walaupun hati merintih dengan pelbagai masalah yang ku hadapi, aku tetap sabar harungi setiap apa yang berlaku..aku terima dengan redha...biar lah Allah sahaja yang dapat  membalasnyer...paling tidak pun aku sendiri sedar bahawa tak elok untuk melakukan atau membalas kejahatan terhadap orang lain.




mungkin sekarang masa aku....tp ingat laa  hamba ALLAH yang dikasihi, setiap apa yang kau lakukan akan ada balasannya....




setiap manusia yang melakukan kebaikan selalu di uji...  adakah benar???










Terima kasih pada yg m'baca :)

Friday, February 24, 2012

majlis pernikahan yusry & lisa surihani......


Assalamualaikum semua....

ok arini nak ceritaa pasal artis kegilaan ramai t'masuk laa....Cik shomel sendiri okkeeyy.......suka sgat-sngat lisa surihani tu....kalau dia berlakon lagi laa kan....titik air liiuurr kan...kan...hehehhe....  
Majlis pernikahan yang bertemakan “Winter Garden”  .Hanya sekali lafaz , lisa surihani sah bergelar isteri kepada yusry...pihak pengantin perempuan menghantar 9 dulang hantaran dengan keyboard dan koleksi lagu Beatles antara hantaran yang menarik. Manakala pihak pengantin lelaki menghantar 7 dulang sebagai balasan.
Tahniah di ucapkan kepada pengantin baru... 
gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Yusry dan Lisa Surihani
























1,2,3,4,
                                                                     5,6,7,8,
                                               Lisa Surihani & Yusry kasi rapat-rapat,
                                                    Nanti dapat Baby tahun depan.

tulah pantun 4 kerat khas dari David Teo utk pasangan mempelai.....




David Teo  bersama isterinya menghadiahkan seutas gelang berlian kepada Lisa Surihani... 
wow beruntungnyer lisa......

kredit tooh bulan :)




Terima kasih pada yg m'baca :)

Monday, February 20, 2012

kuasa air membelah jalan raya (subhanallah)



Assalamualaikum semua......

malam yang indah dan sepi, dikejutkan dengan berita yang berlaku..Cik shomel terbaca satu artikel dari facebook Cik shomel tentang dunia  yang macam-macam bencana terjadi di dunia realiti sekarang....sumber dari melayu kini.... jom kite view gambar di bawah k....


Subhanallah! Kuasa Air Sungai Membelah Jalanraya. Air merupakan anugerah Allah yang tak terhingga kepada umat manusia yang hidup di muka bumi. Tanpa air, kehidupan tidak dapat dijalankan. Bayangkan sahaja planet Marikh dan lain-lain, kerana tiadanya sumber air, kehidupan di planet-planet tersebut ternyata sangat mustahil. Bagi kebanyakkan orang, air tampak kurang berbahaya dan mempunyai fizikal yang agak lemah jika dibandingkan dengan api. Tapi ketahuilah bahaya air sebenarnya mempunyai kuasa yang terpendam. Tragedi tsunami di Indonesia dan Jepun menjadi saksi tentang kehebatan kuasa air.
Di bawah merupakan satu lagi kejadian pelik tentang kehebatan air yang dapat membelah sebuah jalanraya dengan mudah sekali. Mari kita saksikan!

















Terima kasih pada yg m'baca :)

Pagi isnin yg sendu>>>>>

         
      Assalamualaikum semua...

Selamat Hari Isnin semua. Monday bluess orang panggil. Tak tahu lah kenapa dipanggil monday bluess. T_____T. Hari paling malas untuk kebanyakkan orang. Tapi Cik shomel tak lah rasa malas sangat.ececeh!.  
korang semua dh sarapan pagi????    alhamdulilah dah...hehhehe.....

sape2 yang belum ambil sarapan pagi, sebaeknyer cepat2 ambil k..xelok ambil lewat2....ckup laa sekadar minum susu atau milo, tu pon dh cukup utk perooott ksayangan uoll k...

ok laa Cik shomel dgn berbelan entry pagi nie b'tajuk "PAGI ISNIN YANG SENDU"...kenapa sendu ?????? jawab jangan x jawab k.....Cik shomel tahu biaselaa mood-mood cuti duduk dirumah atau mood di atas katil masih lagi terbayang2 kan....hahhahaha.....mata semua ala2 sendu kan....Sekarang nak buat kerja pon malas. Memang out of mood betol lah. Arghhh.....


kite layan kan picc ala2 sendu nie????













Terima kasih pada yg m'baca :)

Wednesday, February 15, 2012

~~~ WOrdLEss WedNesDay~~~





to all my dear followers n frends...."BE HAPPY, DON'T BE SAD"


Terima kasih pada yg m'baca :)

Tuesday, February 14, 2012

Hari yang pasti tiba.....iaitu (HARI KIAMAT)


Assalamualaikum semua......
rasenyer agak lama x buat entrykan...minta maaf ea semua...hehehhe...korang semua sihat kew?
Cik shomel pon xbrpe ok (sihat), selesema ngan batuk x baek2 lagi....xtau laa dh mcm2 ubat mkan, tp still same jew....
ok korang yang penting take care diri masing2 k....
(jgn lupe bykkan minum air masak, almaklum laaa perubahan cuaca yang tak menentu.....)

okla now kite balik pada tajuk ea....sbnarnyer Cik shomel nak kongsi2 dengan korang semua.....entry nie pon Cik shomel terbaca dari blog fyka life story  utk tatapan semua... takut sangat...terasa kerdil diri nie..terasa banyak sangat dosa yang ditanggung...takut macam mana nak menghadapinya nanti...Cik shomel kongsi info nie untuk sahabat sekalian...luangkan sedikit masa untuk membaca info nie yer..semoga kita sama-sama peroleh hidayah dan keinsafan selepas membacanya..amin.. sape2 nak copy ke share ke ape....dibolehkan.. Sebab memang digalakkan sangat2 la untuk disebarkan. kepada sahabat2 kita. Last but not least jugak..Selamat Membaca..





GAMBARAN HARI KIAMAT

 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
 Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 


RUJUKAN: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. 





 Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 
 Sedekah/amal jariahnya. 
 Doa anak²nya yang soleh. 
 Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



P/S:Tiap pagi,bila bangun jer tdo..perkara pertama yg terlintas dlm hati aku,syukur alhamdulillah DIA masih kekalkan aku dimuka bumi ni. So haruslah kita bijak menggunakan masa2 yg tertinggal ni dengan amalan yg ditetapkan... 







Terima kasih pada yg m'baca :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...