Tuesday, July 31, 2012

Gula-gula kesukaan, hwhwhwhwhw


Assalamualaikum semua….

Hai semua reader-reader….hari ini cik shomel nak kongsi dengan korang semua gula-gula yang kite makan waktu kecik-kecik, zaman cik shomel, zaman sekarang tak tahu laa ade lagi kew tidak ea…yang pastinye dah jarang nampak kat kedai runcit…hihihi..apepon same-same la kite tgk ea gula-gula mana yang korang semua suka makan…hwhwhwhw…… 
Masa zaman kecik-kecik pasti gula-gula nie menjadi kegemaran kite,  ( dah jadi habbit tau).. at now pon kite stay makan jgk, tapi jarang laa nak dapat gula-gula yang sesedaapp zaman kecik dulu, btul tak korang…hihihi..

masa kecik dulu dapat gula berebut , ceittt berebut dengan sapa ? dengan adik beradik . haha ^^ ni laa gula yang cik shomel suka makan dulu waktu kecik-kecik .




huhuhu ! gula kat atas ni dipanggil gula-gula sugus . sedap rasa die, manis jew bile makan !  macam-macam ade,  oren,strabery,lemon,anggur n yg biru tu xingat plak rase ape?? hihih. serius best !  :))


nama gula kat atas ni gula udang , die bersifat seakan-akan gula arnab tu , ade plastik larut tu , tp rasa dorang berbeza . rasa gula ni unik , tak pernah jumpa gula yang rasa nya macam ni lagi . ade masin-masin sikit :)



gula kat atas ni sangat-sangat laa suke . so panggil die gula-gula masam-masam manis . bile letak kat lidah jew laju je abis...hahahaha....



teheeee ! gula kat atas ni dulu suka beli . sedap rasa die rasa susu ! so panggil die gula-gula susu . actually die banyak perasa , tapi rasa dibuat drpd susu kot , tapi ditambah dengan perisa rose , kelapa and coffe . serius best ! tak manis sangat pun , gula orang kampungg :))




haaa , ni gula arnab . rasa susu . dulu tak silap pernah tercetus satu kontroversi pasal gula ni , lepas daripada tu tak pernah nampak dah gula ni lagi . :( maybe ade lagi kot , cume cik shomel tak perasan . gula arnab nie istimewa sbb die ada plastik yang larut kat lidah bila makan . 




nie pulak spesis cewing gum.. . berbentuk bulat seperti bola...hihihi...spesis cewing gum nie tak boleh telan ok.... bnde nie pon dah lame jgk tak makan...sbb susah dah jumpa kat kedai..


yg the last is cocoa ball .rupa die macam biji buah saga kan, hihihi, mandai-mandai jew cik shomel nie,.  die pon banyak jgk perasa , enarik kan packaging die.. tu yg i terpikat..hihihihi..




nie myfavsekali...hahaha...jgn tak tahu sampai sekarang pon still cari bende alah nie....hihihi...klakor pon ade kan...(malu jap) huhuhu...kadang-kadang ade jew stok dalam beg tangan nie, nsib baekk sampai sekarang ade lagi tau choki-choki nie, tp sekarang dah ade 2 jenis, perisa susu+coklat, yang tu cik shomel tak suke plak....hahahaha...





banyak btul gula-gula yang cik shomel makan, hihihi.. eh2 tp xslalu makan..kadang jew bile ternampak n terasa teringin nak makan, hihhihi..
bila di ingat balik , nak je kembali pada zaman kanak-kanak tu . sentiasa happy ,  tapi tak mungkin laa . zaman kanak-kanak sentiasa gembira . memang best ! :') so korang pula ? ada gula lagi best ? haha ^^ .




Terima kasih pada yg m'baca :)

Monday, July 30, 2012

Mood : %$#@^&%*


Assalamualaikum semua….

Semalam terjah kat blog diaSINGLESTILOVESMYLIFE  nampak kartun nie pon n zi, harap-harap kite dapat bahagia jugak macam diorang kan...sweet jew....





Terima kasih pada yg m'baca :)

Friday, July 27, 2012

ShOOt GeDiK WiF my TwiNs....


 
Assalamulaikum semua…..

Selamat pagi reader-reader semua…muaaahhh1000x...
hihihi....salam ramadhan buat semua....pose tak hari nie???
Di pagi jumaat ini kami cikshomel perphotoshot wif my twin...harap reader semua terhibur ok...untuk tatapan semua...
^
^
^
^
^
^




berbeza tak, pkai spack and tak pkai spack...



eyna vs nanie


love my twin



 peace :)


  sama kan muka kite, baju pon same..suke2..hihihi :)


*ok itu nak tunjuk kat korang semua...
assalammualaikum....:)




Terima kasih pada yg m'baca :)

Tuesday, July 24, 2012

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya








  Assalamualaikum semua….
 
"KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN AKAN MENGANJURKAN PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA BERTEMPAT DI PRECINT 2 MULAI 25 SEHINGGA 29 JULAI 2012. PELBAGAI BARANG KEPERLUAN RAYA DIJUAL DENGAN HARGA YANG MENARIK. MASUK ADLAH PERCUMA"



                     

Selamat pagi blogger-blogger kesayangan…hari nie nak post satu program yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan dalam negeri koperasi dan kepenggunaan, cik shomel percaya semua kat luar sana sedang mencari-cari kat mana nak beli baju raya kan, kasut raya, n kelengkapan raya yang lain…disini cik shomel mewar-warkan korang-korang semua marilah bersinggah-singgah dan bercuci-cuci mata sambil membeli di JOM BELI BARANGAN RAYA@PUTRAJAYA.. ..korang boleh laa datang beramai-ramai diputrajaya terletak di presint 2, berdepan dengan tapak bazaar ramandhan dan pasar tani….akan bermula pada hari esok mulai  25-29 Julai korang...harap maklum :)



 
*info :berdekatan dengan Kementerian Kewangan (MOF), Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)




Terima kasih pada yg m'baca :)

Friday, July 20, 2012

~~SaLAm RAmAdhan~~




Assalamualaikum semua….

Kepada semua umat islam selamat menjalani ibadah  puase…moga kite diberi keberkatan darinye…amin…:) 








pic dari en.google...:)

Terima kasih pada yg m'baca :)

Wednesday, July 11, 2012

~Bila Lelaki berkacamata Hitam~








Assalamualaikum semua…


Tajuk entry lelaki vs kacamata hitam?…hihi.. . Bila lelaki berkacamata hitam ???? oouuucchhh….Apa pendapat anda?…  Pada para lelaki jangan nak kembang sangat eaaa..hihihi..:p



*mata sakit erk?
 *hensem kew?
* menunjuk-nunjuk kew?
* nak tunjuk macho or…….


Lakanon semata-mata…..{tidak melibatkan sesiapa}


Pompuan : awak, awak saya nak  tanye best kew pkai spack hitam tu?

Lelaki :  eeehhh eeehhh kenape  tanye? Awak rase ? Emm nak kena jawab kew>…

Pompuan : mesti laa, saya kan  tanye awak nie… (nada:tahu dah jawapannyer ape)

Lelaki : awak rase saya bertambah hensem tak bile pkai spack nie…

Pompuan : Aduhaiiii kan nanti kembang lak klu aku puji kan (ckp dlm hati). Baik aku cakap biase-biase jew

Lelaki : Aku tahu ko  tanye tu sebab ko suke kan lelaki pkai spack hitam….hihihi

Pompuan _ eh..eh pandai jew ko nie… aku tak cakap pon… hahaha cepat perasan laa ko nie….

The moral of story is……..sebenarye pompuan diluar sane malu nak cakap si lelaki bergaya dan hensem bile berkacamata hitam  hhuhuwahuwa…….. :)








Terima kasih pada yg m'baca :)

Monday, July 9, 2012

~BesDayGirL(cikshomel)~



 
Assalamualaikum semua…

Hai..hai…muka ceria di pagi isnin.. Alhamdulilah hari ini, kite masih diberi kesempatan untuk bernyawa sebagai manusia, dan diberi peluang untuk menjadi hamba Allah. Semangat yang berkobar-kobar hari nie… Hiii…mengenakan baju baru… yang dihadiahkan oleh ayah cikshomel….   terima kasih ayah…>>>>>>> #$%^*


Nak cite  al-kisah Semalam BesdayGirL Cik Shomel n my twin jatuh pada hari ahad iaitu 8 July bersamaan 18 syaaban. Wahh makin bertambah dah umor guuuweeiii…hihihi tp still sweetseventy hahahaha…..


Doa untuk diri sendiri, moga diriku shat hendaknye, jauhkan laa dari segala penyakit,
Moga menjadi seorang hamba Allah yang diredhai, anak yang soleh, dan yang paling utama sekali cepat dipertemukan jodoh…amin…amin…amin.


brownies dari spupu-tq-





























Terima kasih pada yg m'baca :)

Friday, July 6, 2012

memoriesss in wad...





Assalamualaikum semua…

 selamat pagi jumaat semua... :)  eh dh dekat tengahari dah pon....yang dijanjikan telah pon ditunaikan, sory ea smua lambat masukkn, wat korang semua tertunggu pic2 cik shomel janjikan itu...>>>>
berbalik pada entry yang sebelum ini, cik shomel di wad 

  


kata-kata sebagai pembuka bicara.....




ha'ah ni laa dia kad kawen cik shomel...ouuucchh. (ops silap)
hahaha... xdela, nie laa dia kad ucapan dan kata-kata semangat dari my sis2 yang paling gojjeessss  dan comei itu...hihihi... critanye sis2 smua  datang melawat cik shomel kat hospital, then diowg bersemangat waja membuat kad khas untuk cik shomel, thanz terharu sangat bile iols baca kad tu sis...sempat mengeluarkan air mata... hihihi (sedew la plak)..



nie laa dia kad khas buat cik shomel, (sweet sngat)....



ibu n ayah yang selalu ade disisi... terutama ibu yang sangat (comeiii n dan cantik) awettt mudaa tu, hihihi...yang menemani dan menjaga ketika saya di wad..
tq sngat, hanya Allah yang dapat membalas semuanyer pergorbanan mu ibu..sayang ibu, nah kiss 1000x untukmu ibu...love u so muucchhh...



tadaa nie laa dia budak bucuk (JEBAT / ABG BAD) yang selalu kena KISS jew dengan kiteowg berdua, hihihi.....asyik kena buli jew dengan kakak dia nie ha'ah...:p  
maklumlaa dia sorang je hero kat umah tu..slalu menyerikan kami sekeluarga...
kalau tak de dia sunyi laaa gammmatnyer umah tu...



nie cik nurse yg kiut miut, nama dia umi, byk menjaga cik shomel
jeless tau, dia lagi muda dari saya...hihihi



                                      nie mase dh shat, blh bergamboorr kan...ooouucchhh...
  




kawan baek yg sentiase ade disisi bile susah dan senang...sanggup bercuti menjaga sy dihospital mase saya kritikal... tq sooo mmuuucchhh koorang, luv sngat kat korang..
 



nie kawan baek saya jgk...tq datang melawat... she olls bwak macam2 untuk saya, tq sngat tau...




suurrppriisee......
nie laa dia sis2 yang gooojjeesss.......
aauuucccchhhh....
opss cik shomel pon ade dalam pic tu...


*sebenarnye ramai lagi yang datang tapi cik shomel tak sempat nak ambil pic2 diowg semua.. apepon tq ea datang dan mendoakan cik shomel... alhamdulilah keadaan sekarang dah kembali pulih... 




Terima kasih pada yg m'baca :)

Wednesday, July 4, 2012

~~Wordless Wednesday~~




~happy2 family~

Terima kasih pada yg m'baca :)

~~SYAABAN~~



Assalamualakum semua… 
Selamat pagi reader-reader semua...  Hari ini merupakan 14 hb Syaaban. Bulan Syaaban yang berada di tengah-tengah antara bulan rejab dan bulan ramadhan... pasti 3 bulan ini masa yang ditunggu-tunggu untuk kita sebagai umat islam merebut pahala dan mengurangkan segala dosa, mensyukuri dan meminta keberkatan darinya.
Hari ini  kita sama-sama berkongsi dan mengenali bulan Syaaban dan kehebatan syaaban.
Mari laa kita sama-sama menghayati pengertian bulan syaaban yang mulia ini... 

PENGERTIAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

MALAM NISFU SYAABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).




KEHEBATAN BULAN SYAABAN

Rejab sudah berlalu. Kini telah pertengahan Syaaban. Lambaian Ramadan 15 hari lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:


 اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
 
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:


Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW

Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."




Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban


1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
 
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.


Terima kasih pada yg m'baca :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...