Thursday, November 29, 2012

Skuad Harimau Malaya baham Laos





































Bismillahirrahmanirrahim

 Hari ini kite semua rakyat malaysia terseyum lebar dengan kejayaan dari skuad pasukan "Harimau Malaya" telah menewaskan pasukan lawan iaitu Laos { 4-1}... khabar yang cukup menggembirakan dengan kejayaan skuad harimau malaya.. tahniah pada semua pemain, sure laa kite tengok semalam...#penyokong yang setia... :)
lagi pasal bola semalam, korang boleh baca kat bawah nie...saje kite tepekkan untuk tatapan semua...


KUALA LUMPUR - Harimau Malaya akhirnya mempamerkan watak juara bertahan apabila membaham Laos dengan penuh bernafsu dengan kemenangan bergaya 4-1 di hadapan 15,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Pungutan tiga mata berharga itu sekali gus membuka peluang Malaysia ke peringkat separuh akhir menjelang pertemuan getir berdepan seteru utama, Indonesia pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Sabtu ini.

Selepas dikritik hebat apabila kalah 0-3 kepada Singapura, Ahad lalu, ketua pasukan, Safiq Rahim ternyata menunaikan janjinya kepada peminat apabila membuka tirai jaringan skuad negara pada minit ke-15 tetapi dapat disamakan oleh Laos menerusi Khonesavanh Sihavong pada minit ke-38 sebelum menutup tirai separuh masa kedua.

Bagaimanapun, semangat Harimau Malaya ternyata seolah-olah berbeza pada separuh masa kedua dengan rakus melakukan kebangkitan apabila berjaya mendapat tiga gol melalui Safee Sali pada minit ke-67, Wan Zack Haikal Wan Nor minit ke-75 sebelum empat minit kemudian, Khyril Muhymeen Zambri memastikan kemenangan besar skuad negara dengan gol keempat Malaysia.

Rajagobal menepati janjinya membuat rombakan dalam kesebelasan utama apabila menurunkan empat muka berbeza daripada perlawanan menentang Singapura tempoh hari dengan memberi peluang kepada Mohd. Farizal Marlias sebagai penjaga gol utama selain Mahalli Jasuli, Shakir Shaari dan Wan Zack Haikal Wan Nor.

Paling mengejutkan, Norshahrul Idlan Talaha yang dikhabarkan mungkin direhatkan kerana mendapat rawatan di hospital kerana mendapat jangkitan di telinga diturunkan oleh Rajagobal, malahan menampilkan aksi penuh bertenaga di bahagian serangan dengan banyak mengkucar-kacirkan pertahanan Laos.

Corak permainan yang disajikan oleh Harimau Malaya cukup mengagumkan dengan banyak larian-larian pantas di bahagian sayap daripada S. Kunanlan dan Wan Zack berjaya merobohkan kekentalan kubu pertahanan Laos yang bagaikan terpukau melihat kehebatan Harimau Malaya.

Ternyata percaturan baharu pengendali berusia 56 tahun itu cukup menjadi dengan perubahan ketara boleh diperhatikan di bahagian tengah melalui gandingan Safiq Rahim dan Shakir yang menggantikan tempat Amar Rohidan berjaya mengawal tempo permainan di samping sering bertindak pantas membendung sebarang gerakan berbahaya lawan.

Tidak menghampakan, Mahalli Jasuli yang beraksi di bek kanan sering kali membantu melakukan gerakan pantas dan hantaran-hantaran berkualiti ke dalam kotak penalti lawan di samping turut dibantu Wan Zack Haikal.

Namun, persembahan Safee mendapat sedikit kritikan kerana banyak melepaskan peluang mendapatkan jaringan apabila mensia-siakan sekurang-kurangnya enam percubaan di hadapan pintu gol sebelum terpaksa dibawa keluar dan digantikan dengan Khyril pada minit ke-77.

Gol pembukaan Malaysia diperolehi melalui jaringan menarik pakar sepakan percuma negara, Safiq selepas 15 minit permainan bermula yang melencong ke arah kiri pintu gol lawan.

Namun, ketua pasukan negara itu menjadi punca kepada jaringan penyamaan Laos, 23 minit kemudian apabila kesilapan hantarannya membuka ruang kepada Khonesavanh melepaskan rembatan yang mengenai kaki Aidil Zafuan lantas mengelirukan Farizal sebelum bola melantun masuk ke dalam pintu gol.

Semangat perjuangan Harimau Malaya akhirnya menjelma pada babak kedua walaupun berdepan situasi cemas seketika apabila melihatkan Safee gagal menterjemahkan sekurang-kurangnya tiga peluang terbuka pada minit ke-47, 58 dan 63 sebelum menemui sasaran melalui jaringan mudah pada minit ke-67 hantaran Wan Zack.

Gol itu ternyata membunuh semangat Laos dan Wan Zack yang layak dianggap antara pemain terbaik pada perlawanan semalam menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-75 hasil hantaran Kunanlan dan Khyril yang masuk selaku pemain gantian melakukan gerakan solo menarik bagi merakamkan jaringan keempat Harimau Malaya.








Terima kasih pada yg m'baca :)

Wednesday, November 28, 2012

Peplum Giveaway by Nadnod Azizan ! :)




Bismillahirrahmanirrahim....

wahh kebetulan sungguh arini... baru jew pagi tadi search baju peplum...memang tengah mencari, warna yang paling kita suka plak tu..(purple kaler)....tetiba terbukak satu blog nie tengah buat peplum giveaway korang...hope dapat menang... :)







Terima kasih pada yg m'baca :)

wordless wednesday







Bismillahirrohmannirohim


bersiaran pada hari ahad, 7.30malam
dan ulangan pada hari selasa 10.00 malam.

Terima kasih pada yg m'baca :)

Tuesday, November 27, 2012

A time to Remember




Bismillahirrohmannirohim



cinta BISMILLAH

 Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.
Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah
BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada
Jibrail.

 “ BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah
Mereka apapbila memohon sesuatu dengan
BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap
Mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.
(Hadith Qudsi)

Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka
Semua awan berlari kea rah barat, angina terdiam, air
Laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan
Terlempar semua syaitan.

 Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH
Itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi
ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di
atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

 Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati
Syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali
Memulakan sesuatu perkara yang baik.

 Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan
Malaikat penjaga neraka dan 19.Ibnu Mas’ud
Berkata: ‘Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali
setiap hari.’

 Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH
(penjaga/khadam) hinggan tiap huruf berkata, ‘Siapa
Yang membaca BISMILLAH maka kamilah
kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

 Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH
Nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga
Yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa
Kedua orang tuanya.

 Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan
Bertasbihlah segala gunung kepadanya.

 Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak
21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara
Dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut
Mendadak dan bala.

 Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak
50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan
Masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
Keberanian dan kehebatan kepada si pembaca. 




#sekadar perkongsian ilmu....



Terima kasih pada yg m'baca :)

Monday, November 26, 2012

Akhirnye terhasil jugak "chocalate bottom banana squares"







Sebelum 







 selepas


#xde pic masa lepas potong....

Alhamdulilah akhirnye saya berjaya jugak setelah 2 kali mencuba....
insyallah akan mencuba lagi pelbagai resipi....
resipi dari ct delima...




Terima kasih pada yg m'baca :)

Wednesday, November 21, 2012

Tentang KaMi





Assalammualaikum semua…


Salam manis buat reader-reader semua… hari nie nak menaip ape ea, dok pikir punye pikir,  Jumpa dah satu tajuk  “selalu berkongsi”. Haahahaha, korang jeles tak, jeles tak, mesti jeleskan sebab korang xde kembar macam cik shomel n mytwin cik shomel…hihihi… (xla jangan ambik hati plak tau, gurau-gurau jew).


Nak cerita kat korang semua, dari kecik sampai besar iteowg selalu berkongsi ape-ape jew bende, nak tahu ape???? Memang dari kecik ibu dah ajar ape-ape beli satu jew, memang ibutitikberatkan“kongsi’.


1. Terutama bab makan n minum

Selalu pergi makan n minum kat kedai kitowg akan berkongsi jew, xpernah nak order 2gelas pon,  pelik tak, hihi tak pelik kot erk, sbb korang2 pon pernah gak kan berkongsi..hihihi.. kiteowg jenis penjimat kot, hihihi, jadi nak jimat order satu jew dah ckup…sampai dah dewasa nie pon same ajew.. kadang-kadang owg yang mintak order tu pon pelik, owgnye ade 5 tapi order air 4 jew…hihihihi (save air).kan. Kalau bab makan pulak kongsi jgak…klu sowg lapar sowg lagi lapar skit-skit jew, iteowg wat kputusan order satu nasi, satu makan ringan jew, boleh tukar-tukar nanti, kan berboloi, hihihi


2. Barang Makeup

Nie selalunye berkongsi, mytwin or cik shomel selalu suke-suke mintak, barang dia, barang kite sama jew, nak bile pon beli satu jew, sekarang kot baru nak blajar beli asing-asing, tapi kalau dia xde, same jew, pkai jgak, hihihihi. Best kan hidup berkongsi nie…


3. Tidur

Kalau tidur plak tak boleh tidur jauh-jauh kot, pasti mencari…itupon kalau kat umah laa..kadang-kadang gaya tido pon same, hihihi, gelak bile tengok tau..


4. minat yang sama tapi berbeza skit

Kalau kat rumah tu bab mengemas paling cekap bagi kat mytwin, kalau dengar jew adeowg nak datang rumah dalam 5 minit tu dah clear kot ruang tamu tu, hihihi, cik shomel plak bab dapur, kalau adeowg nak datang masak jew ape yg ade… janji kite bagi dia makan…cik shomel bahagian dapur jew, bhgian mengemas boleh tapi lambat skit laa daripada mytwin, hihi


5. takut kucing

Hahaha, yang nie lagi laa… jumpa jew kucing depan mata dah kelam kabut, haru biru kalau pergi makan kat gerai, yang jadi magsa menghalaunya sape lagi adik kite, ciap cakap lagi kat kite, kakak kucing tu duduk jew kat sebelah kakak, dia nak berkawan n berkenalan ngan kakak tu..hehe ade kew adik kite cakap macam tu…ade plak kucing yang saje jew lalu n tetiba macam dia tahu jew iteowg nie takot kat dia kan. Lagi laa dia suke menyakat n duduk-dukut kat tepi kerusi kite.


6.kongsi duit

Bab nie tak leh laa nak dipisahkan, kalau salah seorang tak de duit kompom laa sorang lagi menghulurkan bantuan..hehe, best kan ade kembar macam kiteowg.. bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”..korang bile lagi nak ade kembar..hahaha soalan yang tak masuk dek akal???



7. rezeki satu tempat

Sekarang nie keje satu tempat, pergi dan balik  keje pon sekali tw…haha… jeles tak... best kan. Satu jalan, satu hala… kemana pon bersama…. J agak-agak jodoh same kew????
Sila mendoakan moga kiteowg dipertemukan jodoh yang baik....]

#sekian





Terima kasih pada yg m'baca :)

Tuesday, November 20, 2012

TahNiaH




Assalamualaikum semua…

UPSR 5A


Hari berganti hari, masa terus berlalu…akhirnya kite berjaya jugak menaip entry wlaupon ciput jew, hehe.. walaupon kadang-kadang jew updetkan..entah laa ape nak jadi agaknya…diriku berada di awan biru, haha macam lagu ning baizura tu….

Hawauyuuu? Alkisahnya semalam result UPSR dah keluar…. Hahaha, kite plak yang terlebih nerves semalam kan, padahal orang laen yang amik exam, kite plak yang nganda-ngada lebeh haha, ape2 je.la… janji bahagia…

Kepada satu-satunya adik yang tersayang yang  bernama Muhammad Badrul Hisham tahniah ea..kerana telah mengharumkan nama keluarga dan mendapat result yang cemerlang dalam UPSR (5A) cukup menggembirakan hati ibu,ayah, n kakak-kakakmu ini… lepas nie teruskan usaha jangan pernah berhenti.. semoga terus berjaya dalam hidup..n menjadi anak yang soleh n imam dalam keluarga.. amin. ok sayang. Miss UUU…berdouble2...sowy ea pix dia xde plak.... :)


TAHNIAH



Terima kasih pada yg m'baca :)

Thursday, November 8, 2012



by: google


Assalamualaikum semua....


CARA MEMBUANG LEMAK


Pagi-pagi dah google kan, hahahha...Jom kite kongsi satu petua, haha pasti x sabar kan, extcaly kite a.k.a cik shomel baru terbaca satu petua nie, kat page seseorang, so rasenya bgus laa untuk cik shomel kongsi kan dengan korang semua jgak…perkara yang baik,pasti kite kongsi bersama.. sekarang cik shomel rase badan macam naik sikit kot, hehehe (skit jew)..haha. malu plak.. Rasenya bagus, sebab petua nie jimat duit, jimat masa hehe, xpyah keluar duit kepul-kepul kan...
very the suke-suke... :)

Agak berbulan jgak tak taip-menaip nie, rase rindu menebal pada korang2 semua, n followers kesayangan kite a.k.a cik shomel...agak-agak korang rindu tak kat kite yang kiut miut nie haha, prasan..kn. Cik shomel  harap sngat followers2 cik shomel masih ingat laa ea...

ok...dah2 kite berbalik pada tajuk entry kite k.............>>>





Petua Membuang Lemak Badan


Petua 1 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


Petua 2 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.








Terima kasih pada yg m'baca :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...