Tuesday, March 27, 2012

AUUuuWWw my FeBereT



Assalamualaikum semua….

Selamat pagi,morning, dan salam 1 malaysia…pagi nie nak story2 about udang lipan???
atau dikenali dengan udang kertas..
Agak-agak korang kenal ke tak sepesis udang ni….sebenornyer udang nie orang cina jew yang suka….
tapi udang nie pon father cik shomel jugak p’kenalkan kat keluarga cik shomel…mula-mula tgk macam tak lalu nak makan… 
bile dah goreng ppeeerrrhh sedap sampai x ingat dunia kemain….hihihi… bak kate pepatah (jual mahal laa konon kan). 
Skali dah makan nak berkali-kali....hihihi...boleh laa kalau nak ratah bergitu je...lg laa xingat nak makan ngan nasi....:) Rase udang lipan nie maanniss tau...mengalahkan rase udang biase atau ketam okkeyy...
Murah jew regernyer....kat pasar borong atau pasar malam selalu ader....lepass niee leh cepat2 gi pasar ea...untuk menu tengahari....Cik shomel goreng jew udang spesis lipan nie...lagi seedaapp~~~~~


 Cik shomel sertakan sekali cara-cara nak siang n siap dimasak selepas digoreng...

Nie cara-cara nak masak n mula-mula kena laa siang dulu kan xkan goreng terus….
NO…NO… 


Step 1
Pertama sekali lihat yang tajam-tajam kat bontot dan kiri kanan badan dia.  Gunting buang.



Step 2
Gunting juga sepit dan ujung kepalanya.



Step 3
Ni site bawah perut dia ....kakinya byk.



Step 4
Cara menggunting kulit tepinya yang tajam...pastikan anda membuang kesemua yg tajam2 tu.


Step 5
Setelah digunting kulit tu akan jadi sama....dah tak tajam...nak makan nanti senang lahh..


Step 6
Siap digunting semuanya......


sesi pembasuhan ......



siap digoreng aaauuummmm..........


pe lagi tuunnggu jempuutt makan semmuaa.....



nie isi dalam udang lipan tu.....nmpk sdap kan???



selamat menikmati okkeeyyy~~~~






Terima kasih pada yg m'baca :)

Monday, March 26, 2012

Assalamualaikum semua…..
alhamdulillah diberikan lagi kesempatan olehNya untuk menambah dan berkongsi disini...
idea untuk menulis entri kali ini datang dari air limau nipis yang telah cik shomel minum setiap kali keluar makan kat luar... mulanya sedap...pastu terfikir apa kebaikannya atau khasiat dari limau nipis ini...
jadi apa khasiatnya??? entri kali ini adalah mengenai khasiat limau nipis...






Limau nipis sememangnya sudah terkenal dengan khasiatnya terhadap rawatan kecantikan kulit. Ia juga sering digunakan sebagai bahan asas untuk produk-produk kecantikan yang berada dipasaran. Antara khasiat limau nipis terhadap kecantikan kulit adalah…………
(1) Menyingkirkan sel kulit mati- Apabila anda menggosokkan kulit dengan menggunakan limau nipis, ia sebenarnya dapat membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh.
(2) Mengurangkan kedutan- Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.
(3) Melembapkan kulit- Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering, cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit anda.
(4) Menghilangkan masalah kelemumur- Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.
(5) Menyegarkan lagi kesihatan kuku- Sekiranya kuku anda direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk  rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.

sumber : google dari khasiat limau nipis



Terima kasih pada yg m'baca :)

Thursday, March 22, 2012

LaGi-LaGi PeTuA>>>> :)



Assalamualaikum semua….



Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.
Pakaian Terkena Dakwat
        Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
        Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
        Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.
Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.
Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.
Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.
Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-
·                        Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
·                        Campurkan dengan air.
·                        Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
·                        Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.
Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.
Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.


nie saja cik shomel msukkan cara-cara lipat baju yang betul tau....
motif kate kat diri sendiri...hehehehe




Terima kasih pada yg m'baca :)

Monday, March 19, 2012

Doa Bertemu Jodoh Untuk Kaum Wanita



Assalamualaikum semua….



Mereka sering bertanya bila awak nak kahwin?
Jawapanya yang sering kali dilontarkan  : "Tunggulah..." " belum sampai seru..." "jodoh entah dimana?" " nanti kita kahwinlah..." paling sedih "siapalah nak kat kita nie..." :( dan macam-macam jawapannya lagi... kalau dah jodoh tak akan kemana... Namun mungkin... kalau juga tidak ada jodoh, mungkin ada hikmah disebaliknya hanya allah yang maha mengetahui. 

Sebaiknya setelah berusaha... termanpu kita hanyalah berdoa... benar jodoh pertemuan, rezeki, ajal maut ditangan tuhan, pun bergitu kita kenalah berusaha dan berdoa semoga semuanya dipercepatkan dan dipermudahan... Untuk itu, bagi pompuan yang belum di pertemukan jodohnya elok jugak diamalkan doa diatas itu mudah-mudahan dengan doa diatas anda dipermudahkan dan dipercepatkan bertemu jodoh pertemuannya insyaallah  :)


Wassalam, Wa'allahhualam.


sumber dari : http://akuanakpahang.blogspot.com/2012/01/doa-bertemu-jodoh-untuk-kaum-wanita.html



Terima kasih pada yg m'baca :)

Thursday, March 15, 2012

mentor-menti kembali lagi......hehehehe...auyehh...auyehh :)


Assalamualaikum....

auucceehh...aauuccehh... rancangan yang bakal ditunggu-tunggu...
rancangan realiti tv iaitu MENTOR KEMBALI LAGI...
 yeahh...yeaahh...

kali ini barisan mentor-mentor yang hebat-hebat, lagi perkasa...hahaha...
eeehh..eehhh perkasa la pulop, yang hebat2, yang berpengalaman dalam bidang seni laaa cik shomel...
papepon iolls suke...suke...
(semenjak2 nie cik shomel suke sngat gediss-gediss cam gini..??? ade pape kew...)
hahahhaha....????


jom laa kite berkenalan ngan diowg aauuww..... :)
selamat berkenalan ea dengan mereka-mereka.....


Enam protege bagi program Mentor musim 6. Enam protege yang terpilih bagi Mentor 6 ialah KJ (Adam), Wanie (Ferhad), Ramlah Ram (Ana Syuhada), Caroline (Ella), Anas (Faizal Tahir) dan Zatul (Ogy Ahmad Daud).




Protege Ramlah Ram
Nama : Ana Syuhada Noor Asram
Nama Samaran : Ana Syuhada
Asal : Shah Alam
Umur : 21 tahun
Pendidikan: Diploma Muzik (Vokal)



Protege Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Ogy)
Nama : Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin
Nama Samaran : Zatul
Asal : Bedong, Kedah
Umur : 23 tahun


Protege Ferhad
Nama : Salwani Sawi
Nama Samaran : Wanie
Asal : Wilayah Persekutuan Labuan
Umur : 18 tahun


Protege Faizal Tahir
Nama : Anas Bin Ridzuan
Nama Samaran : Anas
Asal : Perak
Umur : 23 tahun
Pendidikan : Ijazah Filem, Teater dan Animasi UiTM
dan aktif dalam teater bersama Dewan Bahasa dan Pustaka


Protege Ella
Nama : Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama Samaran : Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun


Protege Adam
Nama : Abdul Kadir Haji Unding Lana
Nama Samaran : KJ
Asal : Kota Kinabalu
Umur : 24 tahun
Pengalaman : Showdown 2010 dan 2011, Borneo Crew dan Borneo Soul Breakers

kredit to : ezany-kun


Terima kasih pada yg m'baca :)

Wednesday, March 14, 2012

wordless wednesday !!!

~~~~~AKTIVITI DI HUJUNG MINGGU~~~~~~
SAHIBBA








sowy gambar agak kabur sdikit




Terima kasih pada yg m'baca :)

Tuesday, March 13, 2012

SaYanG seMua.....



Assalamualaikum semua...

hai..hei...ho..huu....
hapy always....tetiba jadi gediss skejap hehehehe....akhirnyer hati Cik shomel dah beransur pulih...hehehhe...walaupon tak sepenuhnya...tapi ku bersyukur, solat laa teman ku, trima kasih ya ALLAH.. semua2 yang saya sayangi...t'utama kakak2 iolls, yang ada masa saya dalam kesedihan n kelukaan hati.....masa tu saya amat memerlukan pertolongan kamu2 semua ...tanpa akak2 ku sekalian, ku tak tahu ape yang terjadi pada diri ku ini...nasihatmu akan sentiase  ku simpan and ku pakai pada masa akan datang.thanzzz...


bahaya kan kalau penyakit hati datang...tiada ubat hospital...yang ada hanya berdoa, n berusaha bermotivasikan diri dan menyakinkan diri sendiri.....
senyum....senyum gedikss.....




sebenarnyer hari ahad lepas ayah n ibu Cik shomel hantar adik cik shomel pergi 
program SKOR A tu... lepas tu kat sana diaowg bagi ceramah kat ibubapa jgak....ustaz tu kata....biar ape-ape pon terjadi, orang kata kite macam-macam pasal kite....biar kan laaa....yang pastinyer kite walaupon ade beribu masalah sekalipon, kite perlu menghiburkan diri kita sendiri...... tiap2 hari... cukup laaa dengan sebuah senyuman.....
itu kate ibu Cik shomel laa yang cerita balik 
(love u ibu...so much..muah1000x)....hehhe....









Terima kasih pada yg m'baca :)

Thursday, March 8, 2012

ilusi mata kurniaan ALLAH


Assalamualaikum semua....




Cuba lihat pada 3 TITIK di kalimah ALLAH selama 10 saat sambil berselawat dan alihkan pandanganpd dinding kosong selama 10 saat juga.. lihatlah keajaibannya. ....Subhanallah..rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..


sumber dari : http://adlizakaria.blogspot.com/search?updated-max=2011-03-30T08:14:00%2B08:00&max-results=30





Terima kasih pada yg m'baca :)

Monday, March 5, 2012

-choki-choki-- dapat menghiburkan hatiku !!!




Assalamualaikum....

hai... kawan-kawan der t'baca pasal entry ku yang sebelum nie...tp sampai arini diriku masih terluka....tapi ku tetap teruskan hidup n hiburkan hatiku dengan macam-macam perkara yang menyeronokkan..tak nak pikir pasal tu semua  STOP...kalau masih ingatkan mesti diri Cik shomel terasa kurang enak....ha'aha>>>


Untuk menghiburkan hati Cik shomel, apa yang Cik shomel selalu buat makan CHOKI-CHOKI sampai lebam, mesti sweet kan...baru hati nie puas..... setiap masa nak makan choki choki. Haih, ape celop? hahaha Ini lah namenye ketagih kot....mesti korang kata, apa laa makan choki-choki tu... x takot gemuk kew???   mesti ade ckp kan kan..


Zaman kecik-kecik lagi Cik shomel makan (my favourite tu okkeyy)....Alhamdulilah x gemuk pon...lagi coommeeiii n pipi tembam jew...hehehe (kuat prasan). sampai sekarang adik bongsu Cik shomel pon terikut-rikut tau....kalau singgah jew kedai mesti dia teringatkan kakaknyer ini, CHOKI-CHOKI kak....hehehhe.....teerrbaaekk laaaa.....sayang dia selalu..... (love u)...



So, marilah ramai-ramai kite pegi kedai beli choki choki sebanyak yang mungkin. Beli yang dalam pack tau, jimat sikit duit daripada beli satu stick. Lagi pun choki choki tak menyebabkan kerosakan gigi. Eh, yeke? Entah, hehe. Ala, janji sedap ngap je dalam mulut.  Okay bye..



tgk laa bagaimana rupe choki-choki 
 bagi yang tak suka bila dapat rase satu pasti nk lagi....
cubaa llaaa...cubaa laa...
boleh reles tennsiioon same-same....




coommeiikan choki-choki berada dalam bakul antik itu...



nutella nie pon lebih kurang macam choki-choki jugak korang.....leh cuba rase..
pasti menjilat jari...



ha'ah boleh jgak makan dengan roti..nmpk sedap kan...terliur lak rasenyer...aduh nasib pose, klu x, dh pegi dh cari roti...hhehehhe...sabor2..ptg msih ade...








tgk donat pon leh makan ngan choki-choki, korang x t'ingin kew?...





sekotak besar tu ade 60 sticks...


yang nie perisa coklat + susu....tp cik shomel suke lg yang coklat jew, 
sbb cik shomel xsuka susu...heheh sowy...


choki-choki nie boleh gak dijadikan hadiah utk seseorg yg istimewa kan...macam cik shomel...hahaha..




suke-suke....nak, msti mau, msti beli n msti rase...okkeyy...



*kawan-kawan sekalian suke yang maner, yang 1 perisa or 2 perisa....???






Terima kasih pada yg m'baca :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...