Bismillahirramanirrahim
Syukur Alhamdulilah hari ini masih
lagi diberikan nikmat nyawa dan hidup di atas muka bumi ini…
Masih
lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian…Semoga
perjalanan umur ini akan diberkati dan dirahmati.. tanda-tanda atau alamat seseorang yang akan mati
dalam keadaan Husnulkhatimah ( Pengakhiran yangbaik).atau mati dalam kebaikan:-
1. Sempat mengucap 2 kalimah syahadah.
2. Berpeluh di dahi. Sabda Rasulullah SAW : "Bahawa matinya seorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi," Riwayat oleh Ahmad dan Termidzi.
3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.
4. Mati di
5. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:-
·
Akan di ampuni serta merta dosanya,
serta diperlihat tempat duduknya di syurga.
·
Aman dari ketakutan yang amat besar
dan dahsyat.
·
Diselamatkan dari siksa kubur.
·
Diperhiasi dengan iman.
·
Dikahwini dengan ramai bidadari
·
Dapat memberi syafaat kepada 70 orang
keluarganya.., Riwayat oleh Termizi, Ahmad dan ibnu Majah.
6. Mati kerana melahirkan anak.
7 Mati kerana penyakit Taun, Sabda Rasulullah SAW:"Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin"(hendaklah dia bersabar menanggungnya) Riwayat oleh Muslim
8. Mati akibat sakit perut, maka ia mati syahid, sabda Rasulullah SAW:"dan barangsiapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid" Riwayat oleh muslim.
9. Mati tenggelam dan tertimbus oleh bangunan.
10. Mati terbakar. diriwayatkan oleh Tabrani
12. Mati kerana sakit TB
13. Mati akibat luka perang di jalan Allah
14. Mati Akibat mempertahankan harta
15. Mati ketika mempertahankan diri.
16. Mati ketika bersiap sedia berperang di jalan Allah
17. Mati ketika menuntut ilmu(ilmu yang dibolehkan islam)
Berkata Abu laith,:" Barangsiapa ingin selamat dari siksa kubur, maka haruslah melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:-
- · Menjaga solat 5 waktu
- · Banyak bersedekah
- · banyak membaca Al-Quran
- · Banyak bertasbih memuji Allah
dan meninggalkan 4
perkara :-
- · Meninggalkan dusta
- · Meninngalkan sikap khianat
- · meninggalkan sikap mengadu- domba
- · menjaga kencing
Wallahu'a'lam...
nice sharing eyna...xrmai org yg tahu ..hehe
ReplyDeleteaamin..smoga kita dimatikan dgn keadaan yg sgt2 baik dan mudah..
ReplyDelete