Thursday, March 21, 2013

~meletakkan patung kat bumper kereta~





Sudah pasti ramai yang  pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta... Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu Meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.


Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T.. 


  • selalu cakap kat dalam hati sndiri, kenapa orang letak anak patung kat bumper belakang kereta tu??nak buat  perhiasan gamaknya, dan akhirkan jumpa jugak jawapannya yang nak dicari.... :) syukur alhamdulilah.




Terima kasih pada yg m'baca :)

2 comments:

  1. O..ye ke cik shomel..kite baru tau.mekacehla bagi info.Tu le,kite pun ingat saje2 je diorg nk letak maybe nak nak nmpak cute ketenye.jage2 le sape yg letok tu nanti patung tu lak yg kejor diorg.hihi..

    ReplyDelete
  2. tu la rasanya macam pernah tengok gak, pada kak g macam terseksa pulak anak patung tu....serammmmm weh...kita sebagai muslim ni kena periksa dulu sebelum nak ikut2 bagai nni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...