Assalamualaikum semua...
Salam semua,pembuka bicara buat semua, Hari ini 22hb Mei 2012, bersamaan dengan 1 Rejab :) Bulan yang ditunggu-tunggu, cik shomel nak berkongsi tentang kelebihan dalam bulan Rejab pada smua..
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya
Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan
Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan
malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman
Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi
(Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
*Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,
yangmenghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
*Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripadapenyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu
neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu
syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya
lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
*Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya
hamparanperhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di
harikiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapatmelihat wajah
Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahiAllah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab,dibina baginya sebuah
mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahima.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab,diampunkan segala dosanya yang
telah lalu. Maka mulailah beramal barangyang tinggi daripada umurnya
(pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an
atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun
dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang
seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat
seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa
sebulan pahalanya.
BulanRejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang
yangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajibbaginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orangyang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah
bersedekahtiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah
pada
bulanRejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya
tiap sehelaibulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat,
dihapusseribu
kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dansedekahnya pada bulan
Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripadaatahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah padabulan Rejab dijauhkan
Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulanRejab, Bulan Allah. Allah
jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi,yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab
meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allahmenjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta
ampun(bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali,
padabulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telahwajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu.
Demi ketinggian KudankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah
jiranKudibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding
antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasapada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan
pahalanya. Jikadisertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana
kebesaranhari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan,kesempitan orang mukmin
pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanyaMahligai yang besar di dalam syurga
Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada
malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkanbaginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan
70 hajat ketikakeluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam
kuburnya, 70hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di
TitiSirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan,kemuliaan). (Rahmat,
pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungandan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya,kemurahanNya dan terhadap
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solihpada bulan Rejab, dengan berpuasa
pada siangnya dan beribadat padamalamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang
dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
p/s: renung2 kanlah..:)
infodari:http://untaiankata.webs.com/apps/blog/show/4172962-kelebihan-berpuasa-di-bulan-rejab
SELAMAT BERPUSA PADA BULAN REJAB DAN SEMOGA BERTEMU LAGI BULAN REJAB YG AKAN DATANG....
ReplyDeleteinsyallah.. :)
DeleteHari ni i oll's tak pose...nak g jalan2.hikhikhik..
ReplyDeletehihihi....jom2 nk join :)
Deletejom kita berpuasa beramai2 demi mndapat keredhaan dan pahal dri Allah SWT... ^.^ terima kasih mmperingati ena..kalau tak ena tak tahu ni bulan apa..alpa.. T^T
ReplyDeletesme2 ainaa, kite sbg umatnye kena saling mengingati..
Deleteslmat m'jalani bulan yg muliaa ini. :) mga kite mdapat keredaan dari Allah S.W.T amin.