Thursday, January 19, 2012

OtaK MaNuSiA

Assalammualaikum semua.....

syukur alhamdulilah hari nie kte dapat bersua lagi....bersama nie kite dapat berkongsikan maklumat serba sdikit mengenai otak manusia...semua manusia mempunyai otak...digunakan untk berfikir secara positif mahupon negatifkan...jom kite kaji silidik beberapa maklumat mengenai otak kite.....




merupakan organ paling penting didalam sistem tubuh manusia. Ini kerana ia mambantu manusia untuk melakukan sesuatu, mengingat, berfikir dan pelbagai lagi. Setiap tindakan yang dilakukan akan dirangsang oleh otak terlebih dahulu sebelum tubuh badan melakukan tindakan refleks mengikut situasi yang sepatutnya. Terdapat beberapa mitos mengenai otak manusia antaranya adalah..
Keupayaan untuk mengingat akan merosot mengikut usia- Seseorang yang lebih berusia akan merosot sedikit tahap ketangkasan otak mereka, tetapi ia tidak sesekali menjejaskan jumlah perkara yang mampu mereka ingat. Untuk mengingati satu set rumit arahan atau senarai panjang perkataan memerlukan sedikit masa dan pengulangan. Tetapi sekiranya anda meletakkan usaha untuk mengingati perkara tersebut, kemampuan otak untuk mengingatinya adalah setanding malah mungkin lebih hebat berbanding orang yang lebih muda.
Ketangkasan otak akan berkurangan pada usia 40 an- Ketangkasan otak sememangnya akan berkurangan tetapi ia tidak sesekali menjejaskan kapasiti otak untuk mengingat. Ia akan berkurangan seawal usia 24 tahun. Ini bermakna, semakin lebih usia seseorang, semakin kurang ketangkasan otak mereka. Usaha yang lebih sedikit perlu dilakukan untuk mengingati sesuatu perkara mengikut peringkat usia.



















Terima kasih pada yg m'baca :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...